Majlis Penghakiman Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan 2009.



Setelah berpenat lelah mengatur persiapan bagi mewakili Komuniti Bestari Negeri Selangor di peringkat Kebangsaan untuk musim 2009, majlis penghakiman di Kg. Setia telah selamat dijalankan. Kemenangan bukanlah misi utama kami, apa yang penting pengalaman serta kerjasama oleh semua pihak tidak kira apa jua fahaman ideologi, sama-sama berganding bahu bagi membuat persiapan untuk pertandingan ini.

Tepat jam 9.00 pagi, para jemaah hakim yang telah dilantik oleh pihak Kementerian Penerangan Malaysia tiba di Kg. Setia. Rombongan jemaah hakim tersebut telah diketuai oleh Encik Muhammad Azahari b. Abdul Rahman dan seramai empat orang pegawai hakim yang mengiringi rombongan jemaah hakim pada hari itu. Maka bermulalah sidang penghakiman pada pagi yang bersejarah bagi kami di Kg. Setia. Setelah selesai sesi penerangan & soaljawab, para jemaah hakim melawat tiga tapak projek keusahawanan di Kg. Setia iaitu projek ternakan ikan keli, ternakan kambing dan bengkel jahitan.


Apabila selesai lawatan ke tiga tapak projek tersebut, para jemaah hakim dihidangkan dengan tarian kuda kepang semasa makan tengahari sebelum jemaah hakim berangkat pulang. Majlis penghakiman tersebut berakhir pada pukul 2.00 petang.

Menanti 6hb. Jun 2009.




2 PERTANDINGAN PENTING PADA TARIKH YANG SAMA.
Kampung Setia akan berdepan dua pertandingan yang sama penting pada tarikh tersebut, (6hb. Jun 2009) iatitu Pertandingan Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan setelah dinobatkan sebagai Johan Komuniti Bestari Terbaik di Peringkat Negeri Selangor.

Manakala satu lagi pertandingan yang membabitkan pasukan bolasepak Kg. Setia, ialah Kejohanan Liga Bolasepak Sukan Komuniti 2009, Piala Y.B Tuan Abdul Shukur b. Hj. Idrus, ADUN Kuang(N13). Pasukan Bolasepak Kg. Setia akan memulakan saingan pertama pada petang Sabtu ini jam 5.00 petang, dimana Kg. Setia telah dijadualkan akan menentang Pasukan Bolasepak Sg. Serai di Padang Sekolah Menengah Sri Kundang.



Maka para pemain-pemain agak sibuk membuat persiapan memandang tarikh Majlis Penghakiman Pertandingan Komuniti Bestari Peringkat Kebangsaan, sama dengan tarikh perlawanan pertama pasukan Kg. Setia. Pasukan Kg. Setia atau lebih dikenali dengan nama, "Anak Kampung Setia fc" (AKSfc) telah menggabungkan pemain-pemain lama dan baru pada kejohanan untuk musim ini. Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua penduduk Kg. Setia, dan sudah menjadi adat dan amalan penduduk disini sejak turun-temurun sentiasa berganding bahu dan bersatu hati demi memartabatkan desa yang tercinta, iaitu Kampung Setia. Walauapapun, usaha serta kegigihan adalah tangga bagi mencapai sesuatu kejayaan. Selain itu doa juga adalah penting bagi mendapat keberkatan dengan apa yang kita usahakan dan beroleh kemenangan(kejayaan) adalah bonus bagi kami semua penduduk Kg. Setia.
Insya'Allah.. Wallahua'lam..




"SEMOGA KAMPUNG SETIA TERUS MAJU & TERUS BERJAYA..!"








Listen to Quran 2