Kampung Setia sekali lagi menjadi tuan rumah bagi menjayakan "Program Merakyatkan Seni & Budaya" untuk musim 2009. Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menghadapi majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan bagi peringkat Daerah Gombak yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan iaitu Y.B Dato' Razali Ibrahim. Program itu berlangsung bermula dari pada 11hb sehingga 13hb Julai 2009.

Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan hari tersebut di antaranya pameran daripada pelbagi jenis agensi kerajaan mahupun swasta. Selain daripada itu, gerai-gerai jualan juga disediakan bagi mereka yang ingin berniaga pada karnival yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu. Beberapa orang artis tanahair juga turut diundang pada majlis tersebut diantaranya Kumpulan Lawak Senario, Salem (Iklim), Radhi (O.A.G) dan ramai lagi bagi menghiburkan para pengunjung yang hadir.

Selain dari program itu, satu lagi program iaitu Majlis Penyampain Hadiah Liga Sukan Komuniti Peringkat DUN Kuang, Piala Y.B Tuan Abdul Shukur b. Hj. Idrus untuk acara bolasepak juga berlangsung pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi program tersebut. Beberapa lagi acara yang dirancang pada hari itu seperti futsal bawah 18 tahun dan bawah 6 tahun, bola jaring, sukan-sukan tradisinal, pertandingan karaoke dan beberapa acara sukan keluarga lain lagi dengan hadiah-hadiah yang lumayan untuk dimenangi oleh para pengunjung yang hadir.