Kampungku Syurgaku.


SEPINTAS LALU MENGENAI KAMPUNG SETIA KUANG
********************************************************


Kampung Setia Kuang adalah sebuah kampung tradisional yang terletak di dalam Mukim Rawang II, Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan dan Jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 32 kilometer dan 50 kilometer dari Shah Alam.

Mengikut cerita yang diambil daripada beberapa penduduk, ‘Kuang’ ini mula dibuka pada sekitar 1920an. Nama ‘Kuang’ juga diambil sempena nama seorang yang bernama Tengku Awang( wakil Sultan ) yang selalu datang memburu di kampung Orang Asli ( Sekarang ini Ulu Kuang ) dan menjadi Penghulu di kawasan Rawang.

Beliau selalu membersihkan dirinya di pertengahan anak sungai iaitu Sungai Kuang dan Sungai Samak ( yang diambil dari perkataan ‘Bersih’ ) dan menunaikan solat di Madrasah Batu 20 Kuang ( sekarang ini Masjid Batu 20 Kuang ) dan nama sungai kekal hingga ke hari ini.

Pekerjaan utama penduduk Kuang pada masa itu ialah mencari Bijih Timah ( melampan Bijih Timah ) dan kegiatan ini hanya bertumpu di kawasan Ulu Kuang ( Kesan peninggalan yang ada sekarang ini – Tangga batu iaitu rumah yang dibina oleh Tengku Awang untuk Tok Batin ) dan juga di kawasan persekitarannya termasuklah di Kg Setia ini.

Di dalam tahun 30an kegiatan menternak kerbau oleh beberapa penternak (berbangsa Bengali ) telah mula menternak dan banyak tertumpu di kawasan Padang Kerbau sehingga ianya dikenali dengan nama Kg. Padang Kerbau.

Nama Kg Setia mula diberi oleh Penghulu Raja Engku Abdul Rahman kepada sebuah perkampungan bekas ‘AC’ dan ianya kekal sehingga hari ini. Kg Setia adalah merupakan gabungan tiga buah kawasan iaitu Bukit Tempurung ( diambil nama Bkt Tempurung keranabukitnya menyerupai atau seiras dengan tempurung), Batu 20 Kuang dan juga Padang Kerbau.

Sempena kawasan Kg Setia ini ialah dikira dari sebelah kiri jalan (Jika menghala ke Sg Serai ) dan sebelah Kanan ( Jika menghala ke Kuala Lumpur ) dari Klinik Desa Kuang ke Stesyen minyak BP. Nama Kg Setia telah diujudkan pada tahun 1976 pada mesyuarat penyelarasan kampung-kampung oleh Pejabat Daerah dan juga arahan supaya tiap-tiap kampung dapat menubuhkan JKKK masing-masing , maka dengan itulah tertubuhnya JKKK Kg Setia ini untuk terus memberikan khidmat kepada masyarakat selaras dengan hasrat serta matlamat kerajaan bagi mencapai negara maju. Insya Allah…

Peta Kg. Setia Kuang.

Peta Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pecahan Guna Tanah.

Peratus Keluasan Pecahan Tanah.

1) Tanah Pertanian.
a. Kelapa sawit - Keluasan 30 ekar = 3.16%.
b. Getah - Keluasan 90 ekar = 9.47%.
c. Tanaman kontan - Keluasan 35 ekar = 3.68%.
(ubi,sayuran & buah-buahan)

2) Tanah Kerajaan - Keluasan 110 ekar = 11.58%.

3) Tanah Kampung/Geran - Keluasan 685 ekar = 72.10%

JUMLAH - Luas keseluruhan 950 ekar = 100%

Peratus Pekerjaan Penduduk Pelbagai Sektor.

Pekerjaan penduduk


Bilangan Peratus Pekerjaan Penduduk.

Sektor Kerajaan - 341 orang = 16.35%

Sektor Perkilangan / Swasta - 850 orang = 40.75%

Sektor Pertanian - 25 orang = 1.20%

Peniaga / bekerja sendiri - 233 orang = 11.16%

Jumlah - 2086 orang = 100%

Bancian Penduduk.

Jumlah dan pembangunan penduduk

Bilangan rumah : 593 buah
Bilangan keluarga : 579 keluarga
Bilangan penduduk : 3674 orang
Pecahan jantina : Lelaki - 1713 orang
Perempuan - 1961 orang

Melayu L-1623 orang P-1833 orang = 3456 orang
Cina L- 47 orang P- 57 orang = 104 orang
India L- 43 orang P- 71 orang = 114 orang

Jumlah = 3674 orang

Kemudahan Asas.






Kemudahan Asas

i) Jalanraya - 99.9 %
ii) Bekalan Elektrik - 100 %
iii) Bekalan Air - 99.9 %
iv) Talipon persendirian - 99 %
v) Pengangkutan Awam - Bas,Teksi & Komuter

Kemudahan Awam.





Kemudahan Awam
Sekolah Rendah Agama - 1 buah
Sekolah Rendah Keb.Kuang - 2 KM
Sekolah Rendah Keb.Sri Kundang - 2 KM
Sekolah Men.Bkt.Gading - 4 KM
Dewan Orang ramai (MPS) - 1 buah
Balairaya - 3 buah
Masjid - 1 buah
Surau - 3 buah
Perpustakaan Desa Awam - 1 buah
Kelinik Kesihatan - 1 buah
Kelinik Warga Emas - 1 buah
Pejabat Pos Mini - 1 KM
Pejabat Agama Islam - 2 KM
Padang bolasepak - 2 buah
Balai K3P Daerah Gombak - 1 buah
Dewan 1001 Gelanggang (badminton) - 1 buah
Tanah Perkuburan Islam - 2 Ekar
Tabika KEMAS - 2 Ekar
Balai / rumah Penghulu - 1 buah
Bangunan IKS - 1 buah
Kedai PLB - 16 buah
Kedai runcit - 15 buah
Pasar malam - 1 kali seminggu
Rumah kebajikan saudara baru - 1 buah

Irama Desa Ku.



LAGU KAMPUNG KU "KG SETIA”

*******************************

KG SETIA INDAH PERMAI
NEGERI SELANGOR GOMBAK DAERAHNYA
PENDUDUKNYA BERAMAI-RAMAI
BERSOPAN SANTUN BERBUDI BAHASA

C/O

BERGOTONG ROYONG AMALANNYA
TOLONG MENOLONG KEWAJIPANNYA
TUA DAN MUDA SEIA SEKATA
MEMBANGUNKAN DESA YANG TERCINTA

KAMI DOAKAN AMAN BAHGIA
HIDUP HARMONI SELAMA-LAMANYA
RAJIN BERUSAHA HINGGA JAYA
DEMI DESAKU KAMPUNG SETIA




Ciptaan : Sdra. Ramli bin Harmin & Sdra.Razali Radzi
Dan Kumpulan Band Rahsia.

Listen to Quran 2